~ Halwa Telinga ~

Thursday, December 30, 2010

Kebaikan Kismis

Kebaikan kismis



bismillah,,,in the name of Allah,,the most gracious,,the most merciful,,,




Ramai yang melihat harga kismis agak mahal, sedangkan snek ringan lain yang mungkin sama harga dengan kismis tidak mempunyai khasiat seperti mana kismis. Adakah snek makanan ringan seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk sesuai untuk kita berbanding kismis?. Jawapanya adalah tidak, kerana kismis lebi berkhasiat daripada makanan ringan yang lain.

Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung dalam makanan ringan.  terutama penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini.

Kenapa kita tidak cuba ubah persepsi terhadap snek makanan dengan menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat.

Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur samaada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar. Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson seedless. Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal. Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula. Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus vinifera. Antara khasiat kismis adalah seperti berikut :

Membantu menajamkan Minda:

Kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yeng terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ringkas ini telah dikenal pasti dapt meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Jika kita lemah dalam matapelajaran Matematik, amalkan pengambilan kismis setiap pagi sebelum ke kelas atau kuliah. Ingat! Anda dilarang mengambil nasi lemak ketika hendak belajar kerana ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Pencernaan lemak memerlukan kandungan darah beroksigen yang tinggi. Jadi darah yang diperlukan oleh otak telah digunakan untuk mencernakan lemak kepada sumber tenaga. Itulah sebabnya kita akan mengantuk selepas makan nasi lemak(Otak kekurangan oksigen). Imam Zuhdi berkata, ” Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering”.

Perlindungan Antioksida :

kismis bukan sahaja menjadi bahan ujikaji kajian “phytonutrient” kerana mereka mengandungi Phenol, bahkan mereka merupakan sumber alternatif mineral boron bagi rakyat sedunia. Phenol yang dijumpai di dalam kismis mempunyai aktiviti antioksida. Boleh dikatakan aktiviti antioksida bagi hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sejajar dengan aktiviti antioksida yang terdapat didalam kismis. hebat bukan ?

kismis dikategorikan sebagai salah satu daripada buah-buahan yang kaya dengan anti0ksida selain buah prun dan aprikot. Flavonol, salah satu jenis phenol daripada keluarga flavonoid dikatakan hampir tidak terjejas kandungannya ketika proses pengeringan anggur tetapi kandungan phenol di dalam kismis adalah lebih rendah daripada anggur. Ini disebabkan kebanyakan daripada phenol telah dimusnahkan dalam proses penukaran anggur kepada kismis. Phenol-phenol ini adalah hydroxycinnamics (asid kaftarid dan kautarid), procyanidins dan flavan-3-ols.

Boron untuk tulang yang sihat:

Walaupan jarang kita dengar tentng kepentingan boron dalam kehidupan kita tetapi disini saya ingin menerangkan bahawa boron berkait rapat dengan wanita iaitu kesihatan tulang dan Osteoporosis(tulang rapuh). Boron merupakan mineral yang diperlukan bagi menukar Estrogen dan Vitamin D kepada bentuk paling aktif(17-beta-estradiol dan 1,25-(OH)2D3). Kandungan estrogen yang menurun selepas Menopausemenyebabkan Osteoclast menjadi sensitif terhadap hormon paratiroid( terletak di leher) yang memberi isyarat kepada mereka untuk merapuhkan tulang. Kajian menunjukkan bahawa boron memberikan perlindungan daripada Osteoporosis dan mengembalikan semula kebanyakan efek positif Estrogen kepada wanita yang telah Menopause. Kismis merupakan antara “top 50″ penyumbang terbesar bagi Boron di Amerika Syarikat.


Khasiat kismis bagi kanak - kanak


Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.

Memang gula-gula mampu memberi tenaga  yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot. Berlainan dengan kismis. Dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.

Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata. Kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.


Untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan. Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu bapa. Ketika menonton  TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah.

Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam. Anak – anak mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.




Selain itu kismis juga boleh dicampur ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak. Ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa. Ibu bapa juga boleh  mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.

Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet mereka.

Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi. Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural. Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.

Pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.

Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda. Kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan. Memakan kismis tidak akan membuatkan anda gemuk. Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis adalah manis buah-buahan yang asli.




No comments:

Post a Comment